HADITH BERKAITAN SURAH ALMULK
Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Ada suatu surat dari al qur’an yang terdiri dari tiga puluh ayat dan dapat memberi syafa’at bagi yang membacanya, sampai dia diampuni, yaitu: “Tabaarakalladzii biyadihil mulku… (surat Al Mulk)”
(HR. Tirmidzi no. 2891)
Sunday, January 22, 2017
Kelebihan Membaca Surah al-Mulk
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda, “Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang
jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan
pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala
dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadith hasan)
Huraian Hadith:
- Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.
- Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya seperti penawar kepada penyakit tertentu dan lain-lain.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
- Hits: 4897
- sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/326-kelebihan-membaca-surah-al-mulk
Monday, January 16, 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)